BUKU PANDUAN PERKHIDMATAN STAF
28/07/2026 @ 12:08:11PMPEMAKLUMAN PENERBITAN DAN CAPAIAN BUKU PANDUAN PERKHIDMATAN STAF
Jabatan Sumber Manusia Hospital TABTAR telah melancarkan Buku Panduan Perkhidmatan Staf sebagai rujukan kepada semua staf dalam melaksanakan tugasan dan urusan perkhidmatan. Buku panduan ini mengandungi pelbagai maklumat berkaitan dasar, tatacara, kemudahan, tanggungjawab dan perkara yang berkaitan perkhidmatan di Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Hospital Pakar Kanak-kanak UKM (Hospital TABTAR).
Sehubungan dengan itu, Buku Panduan Perkhidmatan Staf ini boleh diakses secara digital melalui Kod QR yang disediakan atau melalui pautan Buku Panduan Perkhidmatan Staf. Semua staf adalah digalakkan untuk mengimbas Kod QR tersebut bagi mendapatkan maklumat lengkap mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan.
