Sejarah

27/04/2026 @ 12:11:58PM

 

HOSPITAL TUNKU AMPUAN BESAR TUANKU AISHAH ROHANI
HOSPITAL PAKAR KANAK-KANAK UKM 
 

Latar Belakang

 

Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM merupakan hospital pintar pakar kanak-kanak pertama di Malaysia serta hospital pengajar kedua di bawah UKM selepas Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).

Projek pembangunan Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM telah diluluskan oleh kabinet pada tahun 2010 di bawah Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) yang melibatkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan syarikat konsesi. Perjanjian konsesi telah ditandatangani pada 22 Ogos 2013. Majlis pecah tanah telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6 pada 23 Ogos 2013 dan mula dibina pada bulan Mei 2014.

Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM yang dibina di atas tanah berkeluasan 19.42 hektar, dengan kapasiti 243 katil dan hotel 54 bilik untuk kegunaan awam telah menerima bangunan secara rasmi pada 31 Disember 2020. Pada 1 Mac 2022, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM telah dimasyhurkan sebagai Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani.

Bermula dengan seramai 575 kakitangan, Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM telah mula beroperasi secara berfasa dengan menerima pesakit luar pada 15 Mac 2022.


Objektif Penubuhan

1. Menjadi hospital peneraju dalam perawatan kesihatan kanak-kanak yang dilengkapi pelbagai fasiliti diagnostik dan teknologi rawatan terkini sesuai dengan penjagaan kesihatan kanak-kanak di semua peringkat usia.
2. Menjadi pusat rujukan tertiari pediatrik terkenal di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
3. Mengukuhkan kelangsungan bekalan tenaga pakar pediatrik pelbagai disiplin untuk keperluan negara pada masa kini dan akan datang.